Apabila salah
satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan
memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama sehinggakan kita tidak
nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.
Kawan yang paling
baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama
tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa
itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar kita
tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia'
datang.
Memberi
seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai
anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk
mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar
di dalam hati anda. Ia Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai
seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.
Jangan pandang
kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana
ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia
cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah
yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan
apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya
dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda
mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda
inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan
semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda
memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan
yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan
anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya
menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan
seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka
hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam
perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan
terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah
mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan
senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.
Masa depan yang
cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak
boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan
dan kekecewaan masa silam.
Semasa anda
dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah
hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan
orang sekeliling anda pula yang akan menangis.
No comments:
Post a Comment